Wednesday, November 4, 2009

Info Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II mula dibina pada tahun 2002 atas inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah (waktu itu dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah) Semporna. Lokasi SMK Abdullah II terletak di sebuah kawasan lembah di Kampung Bukit Lalang. Tapak asal sekolah ini dahulunya merupakan kebun kelapa yang dimiliki oleh tig atuan tanah. Keluasan sekolah ini ialah 35 ekar. Sebanyak RM 28 juta telah diperuntukkan untuk membina sekolah ini melalui Rancangan Malaysia ke-7.
Sekolah ini telah memulakan operasinya pada 4 Julai 2005 dengan menerima pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Abdullah iaitu seramai 472 orang. Jumlah guru yang bertugas pada peringkat awal ialah seramai 21 orang. Sementara itu seramai lapan orang Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) juga telah memulakan tugas mereka di sekolah ini pada peringkat awal.
Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar memandangkan lokasinya kira-kira 17.5 kilometer dari pekan Semporna. Walaubagaimanapun sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan bertaraf sekolah bestari memandangkan ia dibina secara terancang
.

No comments: